Amacam.. Cantik tak 100 gm silver bar nih....
(Keluaran pertama Malaysia)
Ini lagi CANTIKKKK......
Salam,Saya terpanggil untuk menulis sedikit hari ni. Maklumlah, market tutup hari sabtu. Baru balik dr tempat kerja terus buka PC. Boring gak,kat J.E tak ada org... ada mamak jer.. lps tu terus senyap sunyi he he he ( kena banned kut.. sorry la mamak..)
Saya masih teringat lagi, mula2 menceburi bidang ini pada pertengahan tahun 2008. Saya kenal dgn admin J.E pun hanya melalui telefon jer.. Selepas tu, saya mula mengenali Bestino Gold, Etika Emas, AFA Gold dan Public Gold serta bermacam2 lagi. Sehinggalah suatu hari saya menelefon hamba Allah drp Kedah, dia ni ejen kesayangan PG di utara. Saya booking Public Dinar, banyak tak banyak juga ada dlm 4 keping jer.. Harga, masa tu baru RM 480 1 dinar hu hu hu
Silver raw
Selepas pada itu, kami telah membuat pendedahan mengenai perak ini... segala kebaikan dan keajaiban logam in serta sejarahnya.. Penerimaan agak perlahan, sehinggakan sahabat saya membuat sendiri kepingan silver. Dia lebur dan cop sendiri.. Kami promosikan dan cuba pasarkan.. Dangan bantuan rakan2 niaga di Kuala Lumpur dan Johor, akhirnya dapat juga kami menembusi market perak ini. Pelbagai, kerenah dan tanggapan orang ramai hatta sahabat sendiri mengenai pelaburan perak.. Ada yg percaya, ada yg tidak dan ada yg melopong.. Pelbagai cara promosi dilakukan, sehinggalah saya menhasilkan blog bernama "SILVERHUNTER" ini... dan sahabat saya dikenali dgn blog 'PublicDirham'. Bukan setakat itu sahaja, ke mana2 saya pergi, sama ada Road show Public gold ke AFA gold ke saya tetap menjaja cerita perak
Dirham Pertama Malaysia
Marah betul saya masa tu, dan sejak drp itu, apa2 aktiviti PG di Kota Bharu saya tidak terlibat. Hatta emas PG pun dah saya jual kesemuanya he he he..
Tetapi sekarang ini, dah ramai sahabat2 kita yg menyokong dan ramai pula yg menjual pelbagai jenama perak ini. Tak kira la... dibawa masuk drp luar negara atau pun tempatan. Bercakap pasal tempatan, mana ada syarikat yg keluarkan lagi.. (betul jugak ye...) Yg ada hanyalah mungkin syling peringatan utk memperingati sesuatu acara spt Commentwelth, Keputeraan Sultan dsb.. Syarikat tempatan yg keluarkan jongkong... hanya ada drp Kedah.. Omar Kulim.. Ha, itu dia sahabat saya tadi.. Omar Kulim.. he he he Alhamdulillah kami juga telah mengeluarkan Dirham (syiling perak) yg diadaptasi drp Dirham Nusantara.
Dan baru-baru ini, majlis pelancaran Public Silver telah dilakukan.. Nampaknya, Omar akan dapat masuk ke dalam Malysian Book of Record la.. sbb syarikat pertama keluarkan Jongkong dan dirham.. he he he heTak gitu. Baguslah, sekurang-kurangnya, idea yg dicetuskan oleh kami atau bro Omar secara khususnya, telah diterima orang ramai. Dan syukur, dengan pelancaran Public Silver, sekurang-kurangnya ia telah meng"ia"kan usaha kami sebelum ini. Bukan sebab apa, kami mencetuskan ini kerana ia memberi manfaat kpd orang ramai sebenarnya. Di samping Dirham sebagai matawng sunnah, perlulah kita bersma2 memperkenalkan kpd masyarakat luar...
Rantai tangan 916 keluaran syarikat kami
Sekian.... selepas ni bab barang kemas dan rantai tangan pulak ..he he he Kira maca rentetan peristiwa la.. gitu..
Assalammualaikum..
ReplyDeletePertama-tamanya tahniah atas usaha para sahabat dalam memartabatkan Dirham seterusnya menyediakan platform kepada orang ramai untuk mengenali dunia Silver.
Setiap kejayaan didahului dgn pengorbanan,kegagalan dan pengalaman.Teruskan usaha dan berserah kepadaNYA.Insyaallah dipermudahkan jalan kita..
salam
ReplyDeleteperjalanan menuju puncak adalah tidak semudah yang disangka. Banyak onak dan duri yg terpaksa dihadapai dan ditempuhi.
Dengan semangat yang jitu sahaja dapat ditewaskan semua halangan tersebut.
Semoga usaha kita menjadi kenyataan. Insya Allah
salam admin,
ReplyDeleteselamat berjaya..diudara mahupun didarat..
Salam..
ReplyDeleteDizaman akhir zaman. Org yg memperjuangkan sunnah amat kecil bilangannya. Ini adalah permulaan untuk anak dan cucu kita perjuangkan.
Tahniah!!!
Salam dr Johor-scogold-
Memang best citer tentang Perak ni.semoga Bro Sax n Bro Omar Kulim terus berjaya
ReplyDeleteonly a single word to describe.. AWESOME!!
ReplyDelete